Tuesday, February 3, 2009

Nani belajar mengaji Iqra'

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hmmm...agak lama juga saya tidak menulis...entah kenapa yer..perasaan saya sebenarnya bercampur baur antara mahu menulis dengan tidak mahu berkongsi cerita dengan rakan di luar. Namun, setiap hari ada banyak cerita yang saya ingin kongsi bersama teman..dan semua cerita itu saya pasti ada kewajarannya dan paling tidakpun memberikan saya jika tidak pembaca, sedikit kesedaran...

Biarlah saya berkongsi cerita biasa yang saya tempuh hari ini...sebenarnya saya tidak pernah terfikir hendak mengajar anak saya yang baru berusia 3 tahun membaca Iqra'. Tetapi, pagi ini sekitar jam 7.30 pagi saya mencapai Iqra' dan tudung seraya meraih tangan si comel Nani membaca Iqra'.

Sebenarnya, sebelum mendapat ilham mengajarnya Iqra' saya berjanji tidak mahu menilai apa-apa mengenai perkara ini...tetapi ntahlah..agaknya memang personaliti saya suka menilai..maka saya juga tidak dapat lari daripada menilai kebolehan Nani mengaji Iqra'.

Pertama, saya akui dia hanya berusia 3 tahun..dengan usia relatif muda, apalah yang boleh diraih si kecil ini..namun sangkaan saya meleset, jauh terpaling dan tersasar....saya ibu yang memang agaknya tidak pandai menilai kebolehan anak...

Nani, petah membaca satu demi satu huruf Iqra' tanpa pelat dan begitu lancar. Huh! Fikir saya..mengapa begini lewat saya mengajarnya sedangkan kebolehannya mengatasi tanggapan saya...

Lalu, fikiran saya menerawang dan mulai singgah pada bacaan saya mengenai parenting sedikit masa dahulu (waktu saya memang gila membaca pelbagai buku seperti motivasi, biografi dan perenting) bahawa fikiran atau qalbu anak kecil daripada usia 0 hingga 6 tahun adalah superb dan genius...cuma sanya jika kita tidak pupuk ia dengan baik dan lentur ia dengan lembut serta kreatif...maka terlepaslah kita peluang itu...

Kedua, kesibukan membatasi segalanya - Semua orang sibuk, sibuk dan sibuk - hatta saya sendiri tidak punya masa untuk membelek diri sendiri apatah lagi membelek kening, mata, hidung, mulut, bibir, kaki, rambut dan setip inci tubuh anakku yang bernama Nani - tubuh yang keluar dari rahim saya....
Semuanya kerana kesibukan saya....

Kini, saya mahu bertekad dalam hati walau sesibuk manapun saya...saya akan tetap mengajar Iqra' untuknya (walaupun saya memang mengajar Iqra' untuk 3 lagi anak saya yang lain)...

Rasionalnya, saya tahu bahawa kekayaan, kesenangan dan kemewahan bukan yang kita mahu sebenarnya tetapi bahagia...saya bahagia jika saya sendiri yang mengajarnya banyak perkara daripada membiarkan orang lain yang mendidiknya...

Wang bukan segala-galanya apabila esok hari kita terbangun dan melihat sinar mentari pagi masih menyinar...namun kita tetap kita yang dahulu...tiada berubah...

AKU,

Friday, January 9, 2009

Selepas sebelas hari...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua rakan...

Sengaja saya pilih 11 hari selepas Tahun Baru 1430 Hijrah bagi memulakan satu catatan baru dalam hidup saya. Dengan harapan, tahun ini memberi sinar kepada saya sekeluarga dan juga mendapat petunjuk serta hidayahNya.

Saya hanya mahu berkongsi rasa dan cerita dengan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi cerita dengan saya.

Ini kehidupan yang diberikan Tuhan...dan ia hanya sementara, jika kita tidak dapat menjadi orang lain pun, cukuplah jika kita dapat belajar sesuatu daripadanya...

Catatan ini atau akan datang hanyalah pandangan peribadi saya semata-mata dan bukan bermaksud untuk menafikan kehidupan orang lain.

Saya harap, sebelum sesiapa sahaja yang sudi berkongsi cerita dengan saya dapat menyelami catatan saya dengan sebaik-baiknya dan bersikap terbuka menerima apa sahaja cetusan idea dan pemikiran yang dilontarkan sebagaimana saya sangat terbuka menerima apa sahaja buah fikiran rakan pembaca.

Cuma, biarlah ia tidak menyentuh sensitiviti agama kerana saya bukan pakar dalam bidang agama...saya cuma manusia biasa dengan pandangan yang juga biasa...

Salamz,